Rabu, 19 Februari 2014

10 Kumpulan Pejuang Elit Terbaik Dunia



SEAL (Sea, Air & Land) 6, pasukan operasi khas Amerika yang menumpaskan Osama bin Laden, merupakan salah satu unit paling terlatih di dunia. Untuk bertahun, kerajaan-kerajaan seluruh dunia telah menyediakan kumpulan yang kecil, mobil yang berkepakaran dari segala segi, seperti menangani situasi penculikan dan menghapuskan musuh dengan senyap. Mari saksikan 10 unit pejuang elit , sepanjang masa.

1. Navy Seals


Pasukan SEAL 6 - bersama unit K9nya - yang menjalankan operasi terhadap Osama bin Laden, kian mendapat banyak perhatian. Walaupun misi terbaru pasukan itu mendapat pujian ramai, pasukan ini sememangnya adalah parajurit yang sangat terlatih di dunia, dan telah melaksanakan misi yang dianggap mustahil dan berbahaya semenjak 1960-an lagi. SEAL - singkatan "Sea, Air & Land" (di Malaysia lebih dikenali sebagai PASKAL) - ditubuhkan pada tahun 1961 apabila Presiden John F. Kennedy merasakan keperluan bagi kaedah perang tidak konvensional bagi konflik yang semakin memuncak di Vietnam. Tidak lama selepas itu, pasukan SEAL mula beroperasi di negara-negara rantau Asia Tenggara. Antara bekas ahli SEAL yang ternama, adalah Senator Bob Kerrey dari Nebraska, yang berkhidmat di Vietnam dari tahun 1966 sehingga 1969. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan "Purple Heart", "Bronze Star" serta pingat "Medal of Honor". Pasukan SEAL telah berkhidmat di setiap konflik utama dunia, termasuk di Teluk Persia, Bosnia, Afghanistan dan Iraq, serta operasi strategik di Grenada dan Panama. Pasukan sama yang membunuh Osama bin Laden juga terlibat dalam kejayaan penangkapan kapal yang ditahan lanun Somalia pada tahun April 2009.

Purple Heart - pingat yang dianugerahkan kepada tentera yang terbunuh atau cedera semasa berkhidmat dengan tentera Amerika.
Bronze Star -  pingat yang dianugerahkan kepada tentera di atas keberanian, sumbangan dan perkhidmatan yang diperakui (ada saksi yang menyokong) di medan tempur.
Medal of Honor - pingat tertinggi yang dianugerahkan di atas tindakan berani individu semasa bertugas.


2. The Immortals

Apabila menjelaskan mengenai kekuatan bala tentera empayar Persia, ahli sejarah Yunani Herodotus memberikan perhatian khusus kepada sekumpulan tentera elit yang dinamakannya "Immortals" - unit tentera dengan kekuatan penuh sejumlah 10,000 orang tentera. Tentera Persia pada masa itu adalah terdiri dari pelbagai etnik, tetapi kesemua ahli "Immortals" dari bahagian tengah empayar Persia. Dengan pemakaian berwarna-warni yang menyelindung perisai badan mereka, angkatan "Immortals" sangat mahir memanah dan bermain pedang. Mereka sangat dipandang tinggi sehinggakan dibenarkan bergerak dengan membawa tukang masak dan penghibur mereka sendiri. Seribu tahun kemudian, Shah kepada Iran membangkitkan legasi kekuatan masa lampau negaranya, dan menamakan pengawal elit kediamannya, Javidan  - ataupun "Immortal".

Immortals - bermaksud tidak dapat mati, atau hidup selamanya. 


3. Briged Gurkha

Briged Gurkha adalah unit pejuang di bawah tentera British, dinamakan sempena banjaran bukit yang terbentang dari Nepal ke India. Mereka telah menjadi sebahagian dari tentera British semenjak tahun 1815, apabila tentera Gurkha digalakkan menyertai tentera SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggeris) "mengamankan" tanah India yang baru dijajah. Berikutan kemerdekaan India dari British pada tahun 1947, beberapa regimen tentera Gurkha tetap setia kepada British. Mereka telah bertempur di Perang Falklands, Perang Teluk, bersama NATO, di Iraq dan di Afghanistan, dan misi pengamanan ke Bosnia. Sehingga ke hari ini, tiada askar Gurkha yang tidak membawa kukri, pisau melekuk yang telah dipakai mereka semenjak turun-temurun.

Perang Falklands - Perang di antara British dan Argentina di kepulauan Falklands.
Perang Teluk       - Perang yang berlaku apabila Iraq menjajah Kuwait.
NATO                   - Organisasi Perjanjian Atlantik Utara


4.  KESATRIA HOSPITALLER (KNIGHT HOSPITALLER)

Kesatria Hospitaller mendapat nama mereka daripada kewujudan awal organisasi monastic di Jerusalam di mana mereka merawat pengembara Kristian pada kemuncak Perang Salib. Mereka merupakan segolongan biarawan yang boleh berlawan, salib berwarna hitam dan perak pada perisai merupakan gambaran paling diingati mengenai organisasi ini. Selama bertahun, Kesatria Hospitaller telah mengetuai pertempuran untuk kerajaan-kerajaan kecil serta kubu-kubu di Tanah Suci. Detik paling gemilang organisasi ini bukanlah berdekatan Jerusalem, tetapi di tengah-tengah Mediterena, di kepulauan Malta, yang telah dikuasai mereka berkurun-kurun lamanya - seperti negara mereka sendiri. Pada tahun 1565, bala tentera Ottoman mencuba untuk menjajah dan menguasai pulau tersebut, tetapi kekentalan Kesatria Hospitaller berjaya mengekang serangan tersebut setelah 5 bulan pertempuran dashyat. Kemenangan mempertahankan pulau itu menghilangkan aura kekebalan kerajaan Ottoman di mata seluruh Eropah dan selamanya lagenda Kesatria Hospitaler diingati.

Mediterena - negara-negara di sekeliling laut Mediterena.


5. Special Air Service (SAS)

Special Air Service (SAS) pertama kali ditubuhkan di padang pasir Libya pada awal 1940-an. Unit di bawah tentera British ini dibentuk bagi menembusi dan berkhidmat dalam kawasan musuh di Afrika Utara, dan berjaya melakukannya. SAS berjaya memusnahkan ratusan pesawat Nazi dan membebaskan ramai tahanan Tentera Bersekutu. Mereka juga pernah mencuba (tetapi tidak berjaya) menculik Field Marshal Erein Rommel, komander tertinggi Nazi Jerman di Afrika. Setelah dibubarkan sementara di penghujung Perang Dunia Kedua, SAS ditubuhkan kembali dan telah terlibat dalam beberapa konflik di seluruh dunia, termasuk menumpaskan serangan ke atas kedutaan Iran di London pada tahun 1980. Kini, SAS sering dihantar ke kawasan konflik, seperti Iraq, Somalia dan Afghanistan, untuk menyelamatkan tebusan atau menangkap musuh. Motto SAS, "Who Dares Win", malah menjadi sebahagian dari identiti British.


6. Beret Hijau (Green Beret)

Beret Hijau merupakan unit paling elit dalam tentera Amerika. Ditubuhkan pada tahun 1952, tentera khas ini berkepakaran dalam menentang pemberontak dan memainkan peranan penting dalam melawan pelbagai jenis musuh, seperti gerila di Vietnam dan ketua-ketua dadah di Colombia. Motto mereka, "De Opresso Liber" (membebaskan yang tertindas), bukanlah tugas mudah, tetapi sudah cukup terlatih bagi menjalankan tugas mereka. Di samping latihan tempur dan latihan menangani pengganas, tentera Beret Hijau juga mahir dalam pelbagai bahasa, budaya, diplomasi, politik dan taktik psikologi seperti menyebarkan maklumat palsu. Sekarang ini, mereka bertanggungjawab melatih tentera asing di Afghanistan supaya negara tersebut mampu menjalankan operasi keselamatan mereka sendiri


7. Pengawal Varangian (Varangian Guard)

Kaum Varangian, yang dikatakan keturunan penjelajah Viking awal, dari penempatan mereka di pelembangan sungai Ukraine, Belarus dan Russia. Kehebatan mereka semasa bertempur menyebabkan tentera upahan Varangian terserap masuk ke dalam bala tentera terkuat di Mediterenea. Pada awal abad ke11, Pemerintah Byzantine ketika  itu, Basil II, mengumpulkan sekumpulan penjaga peribadi terdiri dari kaum Varangian. Untuk dua abad seterusnya, kaum Varangian muncul sebagai tentera yang digunakan bagi melakukan serangan mengejut, dengan berperisai penuh dan sering memakai kapak besar. Rekod dan tulisan pada masa itu menyatakan ramai orang Scandinavians (kaum seperti Varangian) meninggalkan kediaman dan komuniti mereka untuk berlawan dan mati di samping orang Greek (penduduk asal Byzantine). Akhirnya, pengawal, seperti Pengawal elit Praetorian dari empayar awal Rom, pupus dengan kejatuhan Byzantine


8. Hashishin

Pada abad ke12 dan ke13, pecahan Shiah Ismaili menemui suara politik dan keselamatan dalam bentuk Hashishin. Ketika Timur Tengah dilanda huru-hara semasa Perang Salib, dengan penjajahan Turki dari jauh di timur, Hashishin berkeputusan unuk menentang penjajah Kristian yang mendarat di pesisiran Levant dan dinasti Turki yang tela menguasai sebahagian besar tanah Arab. Hassa-i-Sabah, mengasaskan kumpulan Hashishin pada suatu masa abad ke11 dan mendirikan istananya di Almut (Iran pada masa kini), paling terkenal. Di barat laut Syria, Hashishin pada suatu masa telah mendirikan kerajaan di pergunungan, disokong oleh istana-istana yang dikawal ketat. Kemahiran seorang Hashishin menggunakan scimitar (pedang lengkung), menurut lagenda, adalah tidak terbanding. Kumpulan ini juga berkemahiran bergerak dengan senyap dan tangkas membolehkan mereka membunuh musuh politik dengan mudah selama berkurun-kurun. Perkataan English "assassin" adalah berasal dari nama Hashishin.


9. Pahlawan Jaguar

Dalam tamdun Aztec, Pahlawan Jaguar merupakan kesatria bagi masyarakat mereka. Mereka mungkin tidak menggunakan kuda or baju perisai berkilau, tetapi mereka sering memakai kulit jaguar, dengan kepala mereka keluar dari mulut jaguar itu sendiri. Senjata mereka bukanlah tombak dan pedang, tetapi mereka menggunakan kapak atau kayu yang dicucuk dengan dengan batu obsidian, iaitu batu dari gunung berapi. Menurut rekod sejarah, pahlawan jaguar menduduki tempat tertinggi di dalam masyarakat dan berlawan bersungguh-sunguh menentang penjajah Sepanyol.






















Tidak ada komentar:

Posting Komentar