Pasti anda tertanya-tanya siapakah pemain tersebut ? Beliau adalah Shaun Maloney, pemain antarabangsa Scotland yang pernah mewakili Celtic di SPL, serta Aston Villa dan Wigan Athletic di EPL. Lahir pada 24 Januari 1983 di Miri, Sarawak. Pada usianya baru 5 tahun, keluarga beliau berpindah ke Aberdeen, Scotland tempat kelahiran ibu beliau.
Pada usia yang muda, beliau sudah mulai menunjukkan minat kepada sukan, terutamanya bolasepak dan tenis. Beliau menyertai kelab bola pertamanya iaitu Kincorth Boys Club. Beliau sering bermain untuk Pasukan Sekolah Rendah, St.Joseph's. Pada usia 12 tahun, beliau berpindah ke Culter Boys Club kemudian pada usia 14 tahun, ke Albion Boys Club. Beliau bermain beberapa perlawanan untuk Cults Academy, di mana beliau juga adalah pelajar di sana.
Shaun boleh bermain di posisi sayap ataupun di belakang striker. Dengan ketinggian ideal iaitu 1.71m, beliau adalah seorang pemain yang lincah, dan berupaya untuk mencipta atau menjaringkan gol. Beliau juga mempunyai skil dan mutu permainan yang mantap. Malah beliau juga dilabel sebagai Iniesta Scotland. Beliau memulakan karier profesional bersama Celtic pada tahun 2000. Beliau bermain selama 10 tahun untuk Celtic sebelum berpindah ke Wigan pada tahun 2011 (sehingga kini).
Di peringkat antarabangsa, Shaun pernah bermain untuk skuad Scotland B21 sebanyak 20 kali dan menjaringkan 6 gol. Di peringkat senior, beliau pernah mewakili skuad Scotland lebih daripada 20 kali. Selain Scotland, Shaun juga layak untuk mewakili Malaysia.
Walaupun kurang ternama, Shaun telah menjaringkan beberapa gol penting untuk pasukannya. Antaranya, di dalam kemenangan ke atas Liverpool, Manchester United dan Manchester City ketika bermain untuk Wigan. Anda boleh menyaksikan gol-gol beliau di sini : http://www.youtube.com/watch?v=7yc64vHvyms



Tidak ada komentar:
Posting Komentar