Sebelum anda memformat komputer anda, pastikan anda sudah mempunyai CD Driver (biasanya akan dibekalkan bersama komputer anda). Driver anda juga boleh sedia didapati di dalam komputer anda. Sekiranya tiada, pergi ke laman web pembuat komputer anda (sebagai contoh, Acer). Cari Driver untuk komputer anda di bahagian "Support" atau "Download".
Muat turun Driver yang paling terkini bagi komputer anda berdasarkan sistem operasi yang anda ingin pasang. Sekiranya perlu, gunakan komputer lain untuk mencari dan menyimpan Driver tersebut.
Masukkan fail Driver tersebut ke dalam alat penyimpanan luaran seperti CD atau pemacu USB (pendrive), kerana fail Driver ini akan hilang sebaik sahaja anda memformat.
Langkah-langkah Memformat
- Masukkan CD Windows atau CD Restore (biasanya dibekalkan dengan komputer) ke dalam pemacu CD komputer anda. "Restart" komputer anda dengan memilih "Restart" pada tab "Turn off Computer".
- Bergantung kepada model komputer anda, terdapat beberapa pilihan kunci (key) untuk masuk ke menu "Boot". Sila rujuk gambar di bawah.
- Sila tekan pilihan kunci yang sesuai sementara komputer anda "restarting". Sebagai contoh, F12 sekiranya komputer anda adalah jenama Acer. Kemudian, pilih "CD-ROM Drive"sekiranya anda berjaya masuk ke "Boot Menu".
- Tunggu sementara komputer anda mengesan CD Windows yang anda sudak masukkan sebentar tadi. Pilih Bahasa dan Masa yang anda kehendaki.. Pilihan keyboard hendaklah "US". Sebagai contoh, Bahasa : English, Masa : English (United States) dan Keyboard : US. Klik "Next".
- Di dalam tetingkap "Select the operating system you want to install", pilih versi Windows yang anda ingin pasang. Sebagai contoh pilih "Windows 7 Home Premium" dan kemudian klik Next.
- Di dalam tetingkap "Please read the license terms", klik "I accept the license terms".
- Di dalam tetingkap "What type of installation do you want?" pilih "Upgrade" sekiranya anda ingin menaiktaraf dari sistem operasi lama ke Windows 7. Sebagai contoh, Windows XP ke Windows 7. Ataupun pilih "Custom (advance)" sekiranya anda memasang sistem operasi Windows yang baru.
- Pilih partisi untuk memasang Windows anda. Sekiranya komputer anda hanya mempunyai satu partisi, ianya mudah. Tetapi sekiranya anda mempunyai lebih dari satu partisi, anda perlu memilih partisi yang ingin digunakan. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai partisi 1 dan 2 pilih partisi 1 kerana kemungkinan anda menyimpan data anda di dalam partisi 2.
- Tunggu sementara pemasangan Windows berjalan. Komputer anda mungkin akan "restart" semasa proses pemasangan ini.
- Masukkan "user name" dan "computer name". Sebagai contoh, User name : Scott dan Computer name : Scott-PC. Kemudian, klik "Next".
- Taip "password" untuk komputer anda, anda juga boleh menaip "password hint". "Password hint" dapat membantu anda mengingat kembali password anda sekiranya anda terlupa. Sebagai contoh, password anda adalah 31081957 iaitu tarikh kemerdekaan negara. Jadi password hint anda haruslah tarikh kemerdekaan. Kemudian, klik "Next".
- Masukkan "product key" untuk komputer anda sekiranya ada.
- Di dalam tetingkap "Help protect your computer and improve Windows automatically", pilih "Use recommended settings". Klik "Next".
- Pilih zon masa yang sesuai, sekiranya anda di Malaysia pilih Kuala Lumpur, Singapore.
- Di dalam tetingkap 'Select your computer current location" terdapat tiga pilihan. Pilih "Home Network" sekiranya anda menggunakan Internet di rumah.
- Tahniah ! Windows 7 anda sudah berjaya dipasang.















Tidak ada komentar:
Posting Komentar