Kamis, 20 Februari 2014

CERITA TELADAN 01

PENCURI DAN PEMILIK RUMAH TUMPANGAN


Seorang pencuri menyewa sebuah bilik di sebuah tempat penginapan dan tinggal beberapa lama di sana dengan harapan untuk mencuri sesuatu untuk membolehkan dia membayar hutangnya.


Setelah beberapa hari menunggu peluang untuk bertindak, si pencuri ternampak tuan rumah tumpangan itu mengenakan kot yang baru dan segak, lalu di hadapan biliknya.

Kemudian, dia pun mengekori tuan rumah ke ruang makan. Di sana, dia menunggu tuan rumah itu selesai makan kemudian menyapanya. Mereka pun bercerita beberapa lama sebelum si pencuri berpura-pura menguap, pada masa yang sama menggonggong seperti serigala.

Tuan rumah itu pun bertanya,"Kenapa kamu menggonggong seperti serigala?" "Saya akan memberitahu kamu,"jawab si pencuri,"tetapi peganglah dahulu pakaian saya, atau saya akan mengoyaknya sehingga menjadi cebisan."

"Saya tidak tahu,tuan, bilakah tabiat menggonggong ini bermula, atau adakah ini adalah sumpahan di atas dosa lampau saya, tetapi saya tahu bahawa apabila saya menggonggong untuk kali ketiga, saya akan bertukar menjadi serigala dan menyerang manusia. Setelah menyatakan perkara tersebut, si pencuri pun menguap dan menggonggong untuk kali kedua.

Si tuan rumah apabila mendengarkan perkara dan mempercayai segala yang diperkatakan si pencuri, menjadi sangat khuatir dan lantas bangkit dari tempat duduknya, dengan bertujuan melarikan diri.


Si pencuri memegang erat kot tuan rumah tersebut dan memujuknya untuk berhenti, berkata" Sila tunggu, tuan, dan pegang pakaian saya kerana saya takut akan mengoyakkannya apabila saya berubah menjadi serigala nanti." Pada masa yang sama, si pencuri menguap untuk kali ketiga dan mengeluarkan lolongan yang menakutkan.


Si tuan rumah, yang sudah ketakutan, pun meninggalkan kotnya itu ke tangan si pencuri dan lantas berlari dari situ.


Si pencuri pula mengambil kot tersebut dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut dan tidak pernah dilihat lagi.







Moral cerita ini adalah kita tidak boleh mudah mempercayai orang yang kita baru kenali.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar