Minggu, 16 Februari 2014

Band Yang Menyanyi dan Menari dari Jepun


Pertama kali, saya melihat video band ini iaitu "Machine Civilization" saya terus tertarik dengan musik dan gaya tarian mereka. Walaupun saya baru pertama kali mendengar band, sebenarnya mereka telah aktif semenjak tahun 2009 lagi.

World Order telah ditubuhkan lima tahun lalu oleh Genki Sudo, bekas pelawan "Mixed Martial Arts". Musik yang dimainkan oleh band ini adalah menjurus kepada techno dan pop rock. Band ini mempunyai 7 orang ahli termasuk ketua mereka iaitu Genki Sudo.

Lagu mereka yang paling terkenal adalah "Machine Civilization" yang dikeluarkan sempena gempa bumi dan tsunami Tohoku di Jepun. Saksikan video klipnya di bawah, anda pasti akan tertarik melihatnya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar