Rabu, 19 Februari 2014

Fakta-fakta Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Real Madrid


Jika mendengar nama Real Madrid, anda pasti akan ingat pemain seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Luis Figo, David Beckham dan Christiano Ronaldo. Real Madrid ataupun nama penuhnya, iaitu Real Madrid Club de Futbol merupakan kelab bolasepak yang bertempat di Madrid, Sepanyol. Pemain Real Madrid telah menyarung jersi berwarna putih semenjak penubuhannya pada tahun 1902. Itu fakta yang anda tahu. Bagaimana pula dengan fakta yang anda tidak tahu. Sebagai contoh, Real Madrid sebenarnya diasaskan individu dari Barcelona.









1. TIDAK PERNAH TERSINGKIR LIGA

Real Madrid adalah antara tiga kelab yang tidak pernah tersingkir liga (relegated) dari La Liga. Dua lagi kelab tersebut adalah Athletic Bilbao dan Barcelona yang merupakan pesaing ketat Madrid.


2. SALAH SATU PENGASAS BOLASEPAK PROFESIONAL DI SEPANYOL

Real Madrid adalah satu kelab yang bertanggungjawab dalam penubuhan Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol pada 4 Januari 1909.


3. ASAL-USUL NAMA REAL

Perkataan Real yang bermaksud Diraja dalam bahasa Sepanyol dan nama kelab ditukar kepada Real Madrid pada tahun 1920 apabila Raja Alfonso mengurniakan status Diraja ke13 kepada kelab tersebut.


4. KEGAGALAN PERTAMA DALAM LIGA

Liga bolasepak pertama Sepanyol diwujudkan pada tahun 1929 dan walaupun mendahului liga, Madrid kalah pada perlawanan akhir liga kepada Athletic Bilbao yang membolehkan Barcelona memenangi liga.


5. PERTUKARAN NAMA

Perubahan dalam kerajaan dan seterusnya ketibaan Republik Sepanyol Kedua menyaksikan gelaran Real ditarik dari kelab dan menyebabkan kelab dinamakan Madrid Football Club.


6. PENUBUHAN CANTERA

Pada tahun 1945, Santiago Bernabeu Yeste menjadi presiden kepada Real Madrid dan di bawah beliau dan pemantauan Miguel Malbo, akademi remaja Real Madrid ditubuhkan di bawah nama cantera yang kini dikenali sebagai La Fabrica. Maksud cantera adalah akademi.


7. PASUKAN BINTANG PERTAMA DAN PERMULAAN LIGA JUARA-JUARA

Pada tahun 1953, Santiago Bernabeu memulakan misi untuk membeli pemain-pemain terbaik dunia, yang paling terkenal adalah Alfredo Di Stefano. Beberapa tahun kemudian, beliau, bersama Bedrignan dan Gusztav Sebes mewujudkan pertandingan jemputan untuk pasukan dari seluruh Eropah. Pertandingan ini kini dikenali sebagai Liga Juara-Juara UEFA.

8. PENGUASA EROPAH

Di antara tahun 1956 dan 1960, Real Madrid memenangi Piala Eropah lima tahun berturut-turut dan melayakkan mereka memakai Lencana Kebanggaan UEFA (UEFA Badge of Honor).


9. PENANTIAN KEJUARAAN EROPAH PALING LAMA

Pada tahun 1966, di bawah bimbingan presiden Lorenzo Sanz, Madrid membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pemain dan pada tahun 1998, pelaburan itu berhasil apabila Madrid, di bawah jurulatih Jupp Heynckes, menewaskan Juventus di peringkat akhir Liga Juara-Juara untuk menamatkan penantian 32 tahun untuk memenangi Piala Eropah ke7 untuk kelab.

10. PASUKAN YE-YE

Pada tahun 1960-an,pasukan Real Madrid di mana semua pemainnya adalah juga pemain Sepanyol menguasai bolasepak di Sepanyol. Pasukan ini dikenali sebagai ye-ye di seluruh Eropah.



11. MENGENANGI SANTIAGO BERNABEU

Tokoh yang mendirikan tapak bagi Madrid yang anda lihat kini meninggal semasa Piala Dunia 1978, dengan FIFA mengisytiharkan tiga hari berkabung bagi tokoh yang telah banyak berkorban untuk kelabnya.





12. LA QUINTA DEL BUITRE

La Quinta del Buitre merupakan nama yang dicipta wartawan Sepanyol Julio Cesar Iglesias kepada lima pemain Sepanyol yang bermain untuk Real Madrid. Mereka merupakan Emilion Butragueno, Manolo Sanchis, Martin Vazquez, Michel dan Miguel Pardeza. Mereka semua bermain untuk Sepanyol di Piala Dunia 1990.


13. TROFI SANTIAGO BERNABEU

Setiap musim panas (semenjak 1979), Real Madrid menganjurkan pertandingan ini sebagai penghormatan dan pengingatan kepada bekas Presiden mereka. Real Madrid memenangi pertandingan ini sebanyak 24 kali.


14. KELAB YANG SENTIASA KAYA

Tidak mengejutkan tetapi harus dinyatakan bahawa Real Madrid telah mengekalkan status kelab paling kaya mereka dengan konsisten. Malah, mereka pernah dinobatkan sebagai kelab paling terkaya selama lima tahun berturut-turut.
 








15. RONALDO V2.0


Selain pernah menjadi pemain paling mahal di dunia selama beberapa tahun (sebelum Gareth Bale), Christiano Ronaldo merupakan pemain paling pantas menjaringkan 100 gol dalam sejarah La Liga. Pemain antarabangsa Portugal ini menjaringkan 101 gol dalam 92 perlawanan, kurang 13 perlawanan berbanding Ferenc Puskas, pemain lagenda Real Madrid.





16.  REKOD CR7

Pemenang Ballon D'Or ini merupakan satu-satunya pemain yang pernah menjaringkan gol menentang kesemua 19 pasukan dalam La Liga dalam satu musim.


17. LAGENDA PUSKAS

Pencapaian Ferenc Puskas tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Beliau telah banyak berkorban untuk kelab dan negara malahan pernah bermain 4 perlawanan untuk Spain pada Piala Dunia 1962.





18. PEMBELIAN ALFREDO DI STEFANO

Alfredo Di Steafano merupakan lagenda di Real Madrid tetapi beliau hampir bermain untuk Barcelona. Beliau juga sudak menandatangani perjanjian bersama Barca, bagaimanapun disebabkan kekeliruan dan perpecahan dalam pengurusan Barcelona, perjanjian itu terbatal dan beliau pun menjadi pemain Real Madrid.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar