Rabu, 19 Februari 2014

Kebaikan Tiada Internet


Internet ada baik dan buruknya. Setiap benda yang dicipta untuk memudahkan manusia pasti akan ada kesan buruknya. Contohnya, dengan penciptaan kereta, monorel, kapal terbang dsb, manusia dapat bergerak ke tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Pada masa yang sama, kadar pencemaran dan kemalangan juga turut meningkat. Kita sedia maklum bahawa kewujudan Internet banyak kebaikannya. Oleh it, mari kita lihat pula kebaikan tiada Internet

.1.Anda Boleh Berehat Secukupnya

Berjalan ke luar dan nikmati udara segar. Menurut Jackie Chan, kita perlu meninggalkan komputer setiap 30 minit dan berjalan. Ini adalah sangat bagus untuk kesihatan kita kerana mata kita sebenarnya tidak boleh melihat skrin secara berterusan. Malahan apabila kita berterusan duduk semasa menghadap komputer kita juga akan mendapat sakit leher dan tulang belakang.


2. Membaca Buku yang Anda Tidak Pernah Buka

Mungkin ada di antara pengguna komputer yang suka membeli atau membaca buku. Apabila singgah ke kedai buku, karnival buku atau jualan lelong, pasti ada sahaja buku yang anda beli. Bagaimanapun, sebaik sahaja anda atas-talian, anda terus lupa mengenai buku yang anda beli. Inilah masanya untuk anda membaca buku yang mungkin kulitnya pun anda belum buka.


3. Melihat Video Tutorial

Ada pengguna Internet yang suka melawat Youtube dan memuatturun video tutorial sepert cara bermain gitar, papan roda dsb. Bagaimanapun, kebiasaanya selesai memuatturun pengguna tidak akan terus menonton video tersebut sebaliknya mencari lagi video yang lain. Tetapi apabila tiada Internet, anda tidak dapat memuatturn jadi amatlah baik sekiranya anda menonton video-video tutorial yang anda sudah muatturun sebelum ini.


4. Membuat Rekaan dan Hasil  Seni

Jika anda seorang yang suka rekaan dan suka menyimpan gambar-gambar menarik, inilah masanya anda membuar hasil karya anda sendiri. Jadikan gambar-gambar yang anda simpan sebagai inspirasi, dan bermainlah efek, fon, tekstur di dalam Photoshop anda untuk menajamkan kemahiran seni anda.

5. Luahkan Perasaan Anda di Atas Kertas

Minat melukis, mewarna. Sediakan kertas, pensil, warna dsb dan lukiskan dan warnakan apa sahaja yang anda ingin. Kemungkinan hasil seni anda itu akan menarik orang untuk melihatnya malahan anda mungkin boleh menjualnya.


6. Pergi Berjumpa dengan Kawan Anda dan Luangkan Masa Bersama

Mungkin sebelum ini sibuk dengan kerja, sekolah ataupun keluarga sehingga tiada masa untuk berjumpa dengan kawan baik anda. Ataupun ambil masa ini untuk berjumpa dengan rakan yang anda sudah lama anda tidak jumpa. Dengan cara ini, kita dapat mengeratkan silaturahim serta dapat berkongsi dan bertukar-tukar pendapat.


7. Keluar dan Bersukan

Luangkan pada masa di luar dengan bersukan. Bersukan akan membuatkan berasa lebih bersemangat dan yakin berbanding dengan menghadap komputer. Ianya juga menjamin kecergasan tubuh serta kecerdasan minda anda.


8. Dengarkan Musik

Mendengar musik perlahan dapat mengurangkan tahap stress anda. Musik perlahan dapat membantu tubuh dan minda anda untuk berehat dan beristirehat.


9. Pergi ke Pameran, Pertunjukan dsb

Lihat jika ada pameran, pertunjukan atau persembahan yang menarik berdekatan tempat tinggal anda. Contohnya, di muzium, circus, stadium dsb. 


10. Bersih dan Kemas Tempat Kerja Anda

Bersih dan kemas tempat kerja anda. Tempat kerja yang bersih dan kemas akan menjamin kesihatan anda, di samping membawa ketenangan. Anda juga akan menjadi lebih bersemangat untuk melakukan kerja anda.


11. Kemas dalaman Komputer Anda

Susun fail-fail anda di dalam komputer. Ini akan memudahkan anda untuk mencari fail anda. Buang juga fail yang anda tidak perlu. Ini dapat menjimatkan ruangan komputer anda serta membolehkan komputer anda berjalan dengan lancar.


12. Buat Jadual

Jadual dapat membantu anda merancang aktiviti harian anda. Ini dapat membantu anda mengatur hidup anda dan membantu anda untuk mengingat kerja yang anda belum lakukan.


13. Akhir sekali, Jangan buat apa-apa

Tonton wayang, tv. Pergi ke kedai mamak, pusat beli-belah ataupun lelapkan mata anda.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar