Sabtu, 15 Februari 2014

Cara-cara untuk Mempercepatkan Komputer Anda

Sebagai seorang pengguna komputer pasti anda pernah mengalami masalah "lagging". Masalah "lagging" ini boleh diatasi dengan beberapa cara. Mari kita baca cara-caranya.


1. "Uninstall" perisian dan permainan komputer yang anda jarang atau tidak digunakan. Klik butang "Start/Windows", kemudian klik "Control Panel". Klik "Uninstall a program". Pilih perisian dan permainan komputer yang jarang atau tidak digunakan dan klik "Uninstall".




2. Tutup fungsi Windows seperti "Games" dan "Internet Explorer" sekiranya tidak digunakan.



3. Kurangkan "Startup Processes" iaitu proses yang berjalan sebaik sahaja komputer anda dibuka. Tekan butang "Start" dan taip "msconfig". Klik "msconfig.exe". Kemudian, pergi ke Startup. Buangkan "tick" pada program yang anda rasa tidak perlu, contohnya Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya. Jangan buang "tick" pada program yang anda tidak tahu kerana jika anda tersalah, komputer anda akan mengalami masalah kemudian. Setelah selesai, klik "Apply" kemudian "OK". Komputer anda perlu "restart".



3. Tambah RAM anda. Sekiranya anda menggunakan Windows 7, anda haruslah menggunakan RAM sekurang-kurangnya 2GB ke atas. Sekiranya anda ingin membeli RAM untuk komputer anda, anda harus membuat kajian di Internet untuk mengetahui jenis RAM yang bersesuaian dengan komputer anda. Anda juga boleh membawa komputer anda ke kedai komputer agar pihak mereka dapat membantu anda mencari RAM yang bersesuaian dengan komputer anda,


4. "Defrag" cakera keras (Hard disk) anda. Klik butang "Start", kemudian taip "defrag". Klik pada "Disk Defragmenter". Pilih "Disk" yang ingin anda "defrag" dan klik "Defragment disk". Biarkan proses tersebut berjalan sehingga selesai. Proses "Defrag" haruslah dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.



5. Tukar "Power settings" anda kepada "Maximum performance". Klik pada simbol bateri dan pilih "High performance".


6. Bersihkan kandungan cakera keras (harddisk) anda.  Pergi ke All Program->Accessories->System Tools->Disk Cleanup. Program ini akan mencari fail-fail yang anda tidak perlu dan membantu anda membuangnya. Tanda pada fail yang ingin anda buang dan klik "Cleanup system files".



7. Periksa virus dan spyware menggunakan antivirus (Virus scanning). Sekiranya anda tiada antivirus, anda boleh memuatturunnya dari Internet. Antara contoh antivirus yang baik adalah Avira dan juga Avast. Anda perlu menjalankan "virus scanning" sekurang-kurangnya sekali sehari.


8. Tutup "Windows Gadget" yang anda tidak perlukan.


9. Tutup "Aero effects". Caranya, klik butang "Start" dan taip "Performance". Klik "Adjust the appearance and performance of Windows". Selepas itu, pilih "Adjust for best performance" dan klik "OK".










1 komentar: