Rabu, 19 Februari 2014

Pemain Bolasepak Yang Tidak Berbaloi dengan Gaji Besar


Apabila anda melihat jumlah gaji yang diterima pemain bolasepak terkenal dunia, memang sukar diterima akal. Tetapi kadang-kadang gaji itu berbaloi dengan persembahan yang ditunjukkan di atas padang. Sebagai contoh Christiano Ronaldo, Lionel Messi dan Luis Suarez. Bagaimanapun, terdapat juga pemain yang menerima gaji besar walaupun persembahan atas padang mereka bukanlah sehebat mana. Mari kita lihat senarai pemain yang tidak berbaloi dengan wang yang dilaburkan kelab.


1. Wesley Sneijder
Wesley Sneijder berpindah ke gergasi Turki, Galatasaray selepas enggan menerima potongan gaji di Inter Milan. Sekerang, bermain di Istanbul pemain antarabangsa Belanda ini menerima gaji kira-kira 9.3 juta euro setahun.

 



2. DIDIER DROGBA

Selepas kegagalan di China, Didier Drogba mencuba nasibnya di Turki, bermain untuk Galatasaray di samping Wesley Sneijder.  Beliau telah menandatangani kontrak selama 18 bulan, berjumlah 13.5 juta euro. Bagi seorang yang berusia 35 tahun, ini adalah tawaran yang sangat baik. 




3. JOLEON LESCOTT


Beberapa tahun yang lalu, Joleon Lescott adalah sangat berbaloi dengan wang 24 juta pound yang dilaburkan Manchester City untuk membelinya. Bagaimanapun, masalah kecederaan dan persembahan kurang meyakinkan kebelakangan ini, memungkinkan Manchester City untuk menjual beliau pada penghujung musim.



4. RIO FERDINAND

Rio Ferdinand juga dikatakan akan meninggalkan Manchester United bersama Vidic pada penghujung musim untuk mengurangkan bebanan gaji kelab. Ferdinand dilaporkan menerima 7.8 juta euro setahun di Manchester United. 






5. NEMANJA VIDIC

Nemanja Vidic telah diberitahu bahawa kontrak beliau tidak akan diperbaharui pada hujung musim. Dengan pendapatan 9.3 juta euro setahun, Vidic merupakan antara pemain terbaik Manchester United beberapa tahun sebelumnya.










6. ASHLEY YOUNG
Ashley young merupakan seorang lagi pemain Manchester United yang bergaji tinggi di Manchester United dengan pendapatan 7 juta euro setahun. Bagaimanapun, persembahannya yang kurang memberangsangkan menjadikan beliau antara pemain yang mungkin akan disingkirkan dari Manchester United




7. ANDERSON

Anderson tidak pernah mencapai potensinya semenjak perpindahan dari Porto ke Manchester United dengan jumlah perpindahan 40.5 juta euro pada tahun 2007. Kini, beliau bermain secara pinjaman bersama Fiorentina di Serie A.













8. STEPHEN IRELAND

Stephen Ireland pernah dikatakan akan menjadi pemain bintang ternama, bagaimanapun beliau gagal menyerlah di Aston Villa di mana beliau mendapat bayaran 6.24 juta euro setahun. Kini bermain di bawah bimbingan Mark Hughes di Stoke City, beliau berharap untuk memperbaiki kerjaya beliau.













9. EMMANUEL ADEBAYOR

Walaupun memiliki pendapatan sebanyak 170 ribu pound seminggu di Tottenham Hotspur, persembahan beliau di atas padang sememangnya tidak dengan sepadan gaji yang diterima. Walaupun beliau mulai bermain dengan baik di bawah bimbingan Tim Sherwood, jumlah gaji yang diterimanya masih tidak boleh diterima.





10. JOHN TERRY

Seorang lagi pemain Chelsea yang masih bermain untuk pasukan the Blues. Bagaimanapun, pembayaran sebanyak 13.9 juta setahun untuk pemain berusia 33 tahun sememangnya akan mendatangkan persoalan adakah ia berbaloi?














11. FRANK LAMPARD

Frank Lampard bukanlah lagi pemain seperti di usia mudanya lagi. Kini beliau jarang bermain dan banyak menghabiskan masa di bangku simpanan. Pada usia 34 tahun, kelab tidak mampu lagi untuk terus membayar gaji beliau yang dianggarkan mencecah 11 juta euro setahun. Terdapat kemungkinan bahawa beliau akan berhijrah ke Amerika bagi menyertai liga MLS.





12. FERNANDO TORRES

El Nino tidak lagi menyengat semenjak menyertai Chelsea dengan rekod perpindahan 50 juta pound dari Liverpool. Dengan pendapatan 24 juta euro setahun dan Jose Mourinho pula mencari penyerang baru, terdapat kemungkinan Torres akan disingkirkan dari Chelsea.








13. SAMUEL ETO'O
Semasa bermain untuk Anzhi Makhachkala, Samuel Eto'o dilaporkan dibayar 300 ribu pound seminggu. Kini Eto'o bermain untuk bekas jurulatihnya Jose Mourinho, di Chelsea dengan kontrak satu tahun berjumlah 10.5 juta euro.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar