Semua orang tahu mengenai pontianak. Tetapi pernahkah anda mendengar nama Nenek Grasi? Ia merupakan jembalang wanita tua dengan rambut panjang dan gigi yang besar lagi tajam untuk membunuh mangsanya.
Nenek saya pernah bercerita mengenai Nenek Grasi, yang pernah menggangu kampung lamanya di Terengganu.
Nenek Grasi di kampung lamanya selalunya menyasarkan lelaki muda. Lagi muda, lagi tampan, lagi baik. Apabila ia tidak mendapat lelaki yang disukainya, ia akan membuat kecoh - dengan membunuh haiwan ternakan, merosakkan tanaman dan harta benda. Tiada siapa yang berani menentangnya kerana ianya besar dan kuat.
Bagaimanapun, ada jejaka tampan dari kampung seberang yang bernama Kamal. Dia sangat menyukai anak ketua kampung tadi iaitu Ramona. Dan walaupun Ramona menyukai Kamal kerana ketampanan dan budi bahasanya, ibubapanya tetap tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua. Kamal mengetahui mengenai masalah dengan Nenek Grasi dan menawarkan bantuannya dengan syarat Ramona menjadi isterinya yang sah. Ketua kampung pun bersetuju dengan syarat tersebut.
Apabila tiba harinya, Kamal pun mempersiapkan diri dengan membawa buluh panjang, parang dan sebotol asid. Kemudian dia pun merayau ke sekitar kampung pada lewat malam, menunggu Nenek Grasi untuk menjumpainya.
Sedang dia berjalan, suatu tubuh yang menakutkan muncul pada bayang-bayang di hadapannya. Tinggi tubuh itu hampir 7 kaki, dengan rambut putihnya yang panjang sehingga mencecah tanah. Ia sedang berjalan menuju Kamal - ia adalah Nenek Grasi.
Kamal pun berlari dengan secepat mungkin. Dia mendengar jembalang itu mengejar, dan semakin mendekatinya pada setiap langkah. Kamal dapat merasakan nafas jembalang itu di lehernya. Dia bernasib baik ada pokok kelapa berdekatan dan segera memanjatnya.
Kebetulan pula Nenek Grasi dikatakan tidak boleh memanjat pokok. Jembalang itu pun menggeram "Turun, turun ke sini, lelaki muda - saya mahu mencium kamu!". Kamal tahu bahawa Nenek Grasi itu mahu membunuhnya.
"Oh tidak, saya tidak boleh! Bagaimana jika saya memberi kamu minum sedikit air kelapa?" dia bertanya kepada Nenek Grasi kerana dia tahu Nenek Grasi suka meminum air kelapa.
"Ya, ya...turunlah dan bawakan kelapa untuk saya," kata jembalang itu. Ia masih mahu menjerat Kamal untuk turun.
"Oh tidak, saya tidak boleh! Bagaimana jika kamu meletakkan mulut kamu pada hujung buluh saya, saya akan menuangkan air kelapa itu melalui hujung sebelah lagi. Nenek Grasi menurut sahaja apa yang disuruh Kamal.
Tetapi, Kamal tidak menuang air kelap sebaliknya asid yang dibawanya tadi. Asid tersebut membakar tekak Nenek Grasi dan ia pun melolong kemarahan. Asap timbul dari mulutnya. Kamal pun melompat ke bawah dan memancung jembalang itu dengan parang.
Akhirnya, Nenek Grasi berjaya ditumpahkan. Ketua kampung pun mengotakan janjinya dan mengahwinkan Kamal dan Ramona dalam upacara yang meriah. Mereka berdua pun hidup bahagia selamanya.
oleh Othman Wok



Tidak ada komentar:
Posting Komentar