Krew kepada kapal pemusnah Tentera Laut Diraja England menyampaikan mesej Hari Valentine kepada yang tersayang dengan membentuk hati berwarna merah di atas dek penerbangan kapal.
Mesej "I Love You" tersebut dibentuk oleh kelasi di atas Kapal Diraja "Daring" (HMS Daring) sedang kapal pemusnah jenis 45 tersebut belayar ke pangkalannya di Portsmouth, Hampshire, selepas 9 bulan belayar - antara misi terpanjang Tentera Laut Diraja England.
Leftenan Jason Hannigan, pegawai operasi kapal, berkata : "Kami telah membuktikan bahawa kapal perang ini sangat berkeupayaan, tetapi tanpa sokongan orang yang tersayang mustahil para krew dapat menjalankan tugas mereka dengan baik."
"Para krew dan keluarga mereka terpisah beribu-ribu batu, tetapi mereka saling menemani antara satu sama lain."
Jurucakap bagi Tentera Laut Diraja berkata: "Menyampaikan pesanan seperti ini di atas dek penerbangan pada hari paling romantik tahun ini, para krew tampak teruja dan tidak sabar untuk bertemu semula dengan keluarga mereka."
"Pertama di dalam kelas kapal pemusnah Jenis 45, HMS Daring telah menyertai misi global, di mana ia telah bekerjasama dengan tentera laut dari seluruh dunia, termasuk melawat ke Timur Jauh dan melakukan persiapan pantas untuk menyampaikan bantuan bencana ke Filipina.
"Jangka masa 9 bulan merupakan tempoh masa yang panjang dimana krew dan keluarga mereka terpisah beribu-ribu batu."
"Pasangan yang baru berkahwin dapat bersatu semula, sama juga ayah bersama anak mereka yang lahir beberapa minggu sebelum misi bermula."

Tidak ada komentar:
Posting Komentar